 |
 |
 |
|
versi cetak
SELAMAT DATANG KE WILAYAH LEMBAH KELANG 2
Kawasan perancangan Wilayah Lembah Klang 2 (WLK 2) meliputi dua daerah di bahagian selatan Negeri Selangor, iaitu Daerah Sepang dan Kuala Langat. Kedua-dua daerah ini telah menerima kesan langsung daripada limpahan pembangunan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan menjadi tumpuan kepada pelaburan. Perlaksanaan projek-projek mega di dalam dan sekitarnya, seperti Multimedia Super Corridor (MSC), Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan sebagainya telah menjadikan perancangan Wilayah Lembah Klang 2 sangat penting dalam konteks Negeri Selangor dan negara pada masa depan. Ini memandangkan kedua-dua daerah yang terlibat ini bakal menjadi kawasan baru bagi perkembangan Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang sedia ada. Kewujudan infrastruktur yang canggih di MSC dan KLIA telah membina kekuatan baru kawasan ini untuk berkembang dan bersaing.
Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam merancang, melaksana dan menyelaras pembangunan Wilayah Lembah Klang 2 dijangka akan menyumbang kepada memperkukuhkan pencapaian Wawasan Negeri Selangor Maju di samping meningkatkan posisi Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang untuk muncul sebagai salah sebuah kota raya metropolitan yang penting dalam rangkaian bandar raya dunia.
VISI
Menjadi Wilayah Lembah Klang Kedua sebagai wilayah yang maju dan sejahtera menjelang 2020.
MISI
- Penjana pertumbuhan kepada wilayah sekitarnya dalam konteks integrasi ekonomi ”Glocal”.
- “Gateway” kepada kemasukan business dan pengunjung antarabangsa.
- Menjadi tempat pilihan lokasi firma dan pejabat wilayah Perbadanan Antarabangsa berteraskan ICT.
|
|
 |
|
 |