Pembangunan spatial Negeri Selangor secara umumnya adalah berteraskan konsep Multiple Strands Development Corridor yang merupakan konsep pembangunan spatial yang berlaku seiring dengan pengekalan kehijauan di dalam bentuk bio-diversity antara bandar yang dimajukan dan pada masa yang sama mampu mencapai ekonomi yang cemerlang.
Strategi ini adalah bertujuan untuk:
Mendorong pertumbuhan aktiviti ekonomi yang pesat.
Meningkatkan kecekapan infrastruktur dan sistem perhubungan.
Menyediakan infrastruktur ekonomi yang kukuh dan dinamik.
Menggabungkan konsep pembangunan mapan dengan pemeliharaan alam semula jadi dan eco-bio-diversity.
Menggerakkan penyebaran pembangunan yang lebih seimbang.
Menyediakan laluan atau akses mudah kepada alam semula jadi dan rekreasi.
Mengamalkan pengurusan bandar yang mapan. Strategi
pembangunan ini adalah merupakan pembangunan yang
intensif dan menyeluruh secara berterusan dengan memberi
tumpuan kepada sembilan (9) koridor pembangunan yang terdiri daripada:
Koridor aktif
Koridor Pembangunan Lembah Klang
Koridor Raya Multimedia
Koridor Pesisiran Pantai Selatan
Koridor Sungai Buloh-Hulu Bernam
Koridor Rawang-Kuala Kubu Baru
Koridor berpotensi
Koridor Pesisiran Pantai Utara
Koridor Sungai Besar-Hulu Bernam
Koridor Kuala Selangor-Kuala Kubu Baru
Koridor Banting-Bagan Terap
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.