MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
 
Pendahuluan & Konsep
Wawasan Pembangunan Negeri
Dasar Pembangunan Mapan

Pembangunan Spatial

 

 

versi cetak

Tujuan utama pembangunan Negeri Selangor adalah untuk menjadikannya sebagai negeri yang terancang dan termaju di samping menjadi nadi dan peneraju kepada pembangunan ekonomi Negara. Pembangunan wilayah yang seimbang merupakan teras utama wawasan pembangunan Negeri Maju di Selangor. Bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, strategi pembangunan spatial yang lebih intensif telah diberi penekanan. Pada amnya, strategi spatial ini adalah berteraskan “Multiple Strands Development Corridor” iaitu konsep pembangunan spatial yang dilakukan secara intensif tetapi mengekalkan kehijauan dalam bentuk “bio-diversity” antara bandarbandar yang dimajukan. Selaras dengan itu, pembangunan Wilayah Lembah Klang 2 adalah berpandukan kepada Wawasan Pembangunan Negeri Selangor iaitu:

Negeri maju yang dihasrat untuk dicapai oleh Negeri Selangor ialah negeri maju secara syumul atau holistik yang menekankan keseimbangan antara jasmani dan rohani dalam persekitaran
ekonomi yang mapan (k-ekonomi) yang berteraskan maklumat dan pengetahuan ke arah mewujudkan masyarakat madani dan insan rabbani.


 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.