MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Latar Belakang
Penubuhan Daerah
Lokasi
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
 

versi cetak

Latar Belakang

Daerah Kuala Langat terletak di sebelah barat daya Negeri Selangor dan bersempadan di bahagian selatan dengan Daerah Klang dan di bahagian barat dengan Daerah Sepang. Sebahagian daripada Daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka dan mewujudkan kawasan pantai yang memanjang arah ke Sepang dan Klang. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini sebagai kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, pembangunan daerah ini juga disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkannya ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Diraja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Pada masa kini, terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang yang bertumpu kepada pembinaan kilang-kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Dari segi pertanian, komoditi utama Daerah Kuala Langat adalah tanaman kelapa sawit.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.