MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Latar Belakang
Penubuhan Daerah
Lokasi
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
 

versi cetak

Penubuhan Daerah

Asal usul Kuala Langat dikaitkan dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Langat. Menurut sumber lisan, ada pendapat mengatakan bahawa Langat itu berasal dari perkataan Minangkabau yang membawa maksud “air hangat”. Dikatakan bahawa pedagangpedagang pada masa lalu menggunakan Sungai Langat sebagai jalan perdagangan dan perhubungan. Mereka mendapati air di bahagian kuala sungai tersebut sentiasa hangat. Lama kelamaan kawasan persekitarannya disebut sebagai Kuala Langat.

Tapak asal bandar ini terletak di Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. “Langat” dipercayai dibuka oleh orang-orang Bugis yang datang dari Johor pada abad ke-18 untuk menjalankan perdagangan dengan Melaka. Jugra dikatakan sangat terkenal pada zaman Keagungan Kesultanan Melaka. Dari segi Sejarah, Daerah Kuala Langat mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Negeri Selangor. Pada pertengahan abad ke-18, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah terletak di Kuala Selangor. Perpindahan dari Kuala Selangor ke Jugra berlaku pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4 yang memerintah pada tahun 1857-1898.

Sejak itu, Bandar Temasya (Jugra) telah dikenali sebagai Bandar Diraja dan memainkan peranan penting dari segi politik, sosial dan pembangunan ekonomi di Selangor. Keadaan ini banyak dibantu oleh kerana kedudukan daerah ini yang berhampiran dengan pantai dan muara sungai, yang mana amat sesuai dengan sistem pemerintahan yang berasaskan pengangkutan sungai dan laut. Dengan kedudukan kawasan yang terletak di muara Sungai Langat serta berhampiran dengan Pulau Carey, kawasan ini dianggap selamat dan dimudiki hingga ke kawasan hulu bagi tujuan perniagaan, perdagangan dan petempatan. Ini telah menarik perhatian penduduk-penduduk kawasan berhampiran seperti pedagang pedagang dari Sumatera dan Bugis.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.