MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Latar Belakang
Penubuhan Daerah
Lokasi
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
 

versi cetak

Lokasi

Daerah Kuala Langat dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran iiatu di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat seluas 62.924 kilometer persegi dan selebihnya adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.

Bandar atau pekan Banting merupakan pusat pentadbiran, perdagangan dan perindustrian bagi Kuala Langat. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hanya mengambil masa 30 minit masa perjalanan dan dari Klang mengambil masa kira-kira 45 minit. Bandar ini mempunyai keluasan 1,7773 hektar dengan jumlah penduduk sekitar 30,000 orang.Terdapat 4 (Empat) pintu masuk ke dalam Daerah Kuala Langat iaitu:

  • Dari Klang melalui Jalan Klang Banting.
  • Dari Sepang melalui Jalan Tanjung SepatB(Jalan Pantai)
  • Dari KLIA melalui Jalan Bukit Changgang/Labohan Dagang.
  • Dari Putrajaya melalui Jalan Dengkil.
Terdapat tujuh (7) mukim dalam Daerah Kuala Langat, iaitu:
  • Mukim Teluk Panglima Garang.
  • Mukim Tanjung Dua Belas 1.
  • Mukim Tanjung Dua Belas 2.
  • Mukim Morib.
  • Mukim Kelanang.
  • Mukim Bandar & Jugra.
  • Mukim Batu.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.