|
|
|
 |
 |
 |
|
versi cetak
Penubuhan Daerah
Menurut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di Daerah ini, iaitu pokok Sepang (Caesalpinia sappan). Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan kecil Daerah Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Daerah Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudiannya digabungkan menjadi satu Daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf daerah sepenuhnya pada 1 Januari
1975. Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 26 Ogos 1983.
Bandar Baru Salak Tinggi juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City). Bandar seluas 896 hektar ini sedang giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya ianya menjadi setaraf serta mampu menyokong projek-projek di daerah lain di Negeri Selangor. Selain daripada bangunan kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini juga dilengkapi dengan kemudahan awam yang diperlukan oleh rakyat seperti perpustakaan, stadium, dewan orang ramai dan sebagainya.
Jaringan jalan raya di dalam Daerah Sepang juga telah bertambah dan dipertingkatkan. Ia terdiri daripada Lebuh raya Elite di bahagian barat, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban di bahagian timur dan Lebuh raya B20 di pertengahannya. Sistem ini kelak akan dipertingkatkan lagi dengan jalan raya-jalan raya baru seperti South Klang Valley Expressway (SKVE), Dedicated Highway, Putrajaya Urban Motorway dan Lebuh raya B15 baru. Di samping itu, Daerah Sepang juga dilengkapi dengan Sistem Kereta api Ringan (Express Rail Link - ERL) yang dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek mega supaya pembangunan di sekitar Daerah Sepang akan terus berjalan lancar.

|
|
 |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
|
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini. |
|
 |
|
 |
|