Pada masa kini, jumlah penduduk Daerah Sepang ialah kira-kira 130,000 orang. Dengan adanya projek-projek nasional, kadar pertumbuhan penduduk Sepang telah meningkat dari 55,000 orang pada tahun 1991 kepada 75,000 orang pada tahun 1999 dan dijangka akan menjangkau ke tahap 2.2 juta orang menjelang tahun 2020. Masih ramai lagi penduduk yang terdapat di Daerah Sepang tinggal di kawasan luar bandar dari segi taburan penduduk berbanding yang tinggal di kawasan bandar.
Jumlah penduduk yang terdapat di Daerah Kuala Langat pula adalah melebihi 200,000 orang dengan majoriti penduduk terdiri daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil masyarakat Orang Asli. Bagi taburan penduduk bandar, lebih daripada separuh penduduk dalam Daerah Kuala Langat masih lagi tinggal di kawasan luar bandar. Ini bermakna, peratusan penduduk yang tinggal di perbandaran adalah seimbang dengan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.