MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
TM
MAB
Cyberjaya
MDeC
Projek Pembangunan Pantai Morib
Pemaju Perumahan
Sepang Gold Coast
 

versi cetak

MAB

Malaysia Airport Berhad ditubuhkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan permohonan untuk menjadikan Jabatan Penerbangan Awam (JPA) kepada dua entiti yang mempunyai tanggungjawab yang berbeza. JPA mengekalkan fungsinya sebagai badan pengawal bagi industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti yang baru  iaitu Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, Malaysia Airports Berhad telah diberi lesen oleh Menteri Pengangkutan Malaysia untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.

Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah ditubuhkan sebagai syarikat berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.

Aktiviti utama syarikat ini merangkumi pengurusan, operasi dan penyelenggaran serta pembangunan lapangan-lapangan terbang dengan penumpuan utamanya diberikan kepada kerbekesanan operasi, keselamatan dan kesihatan penumpang, perkhidmatan kargo dan operasi kapal terbang. Selain aktiviti-aktiviti utama tersebut, MAHB dalam struktur korporatnya memiliki beberapa anak syarikat yang memberi rangkaian perkhidmatan dan produk yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan bidang penerbangan.

Asas pendapatan syarikat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu, pendapatan aeronautikal dan bukan-aeronautikal. Kebanyakan daripada pendapatan aeronautikal diperolehi daripada bayaran pendaratan, caj jambatan udara (“Aerobridge”), caj pendaftaran masuk bagi penumpang, bayaran letak kereta  dan caj perkhidmatan penumpang.

Pendapatan bukan-aeronatikal pula diperolehi daripada aktiviti komersil, termasuklah operasi bebas cukai, operasi hotel, operasi zon perdagangan bebas, pengurusan kemudahan letak-kereta dan penyewaan ruang komersil.

Malaysia Airports juga merupakan pengurus dan pentadbir kepada 39 buah lapangan-lapangan terbang di Malaysia, yang terdiri daripada lapangan terbang Antarabangsa, domestik, serta landasan pelepasan dan pendaratan pendek (“Short Take-Off and Landing (STOL)”).

Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). KLIA merupakan hasil sebuah wawasan untuk memenuhi keperluan pendaratan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke-21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management Systems (TAMS). TAMS, yang  diuruskan oleh Malaysia Airport (Technologies) Sdn. Bhd. terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafik udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.

Struktur korporat MAHB pada masa ini merangkumi sepuluh anak syarikat; Malaysia Airports Sdn. Bhd., Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd., Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd., Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn. Bhd., Sepang International Circuit Sdn. Bhd., Malaysia Airports Technologies Sdn. Bhd., Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd., K.L Airport Hotel Sdn. Bhd., MAB Agriculture-Holticulture Sdn. Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn. Bhd. Syarikat yang bersekutu dengannya ialah Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn. Bhd. dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai sejumlah 5,000 pekerja yang mengendalikan 39 pejabat seluruh negara.

MAHB  juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap di Cambodia, melalui projek usahasama dengan Aeroports de Paris Management S.A.

Malaysia Airports juga memiliki sebuah Pusat Latihan (“MATC”), terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ianya ditubuhkan bagi memenuhi keperluan latihan semua kakitangan Malaysia Airports. MATC juga telah digunakan sebagai pusat bagi program-program yang berkaitan dengan keselamatan, yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (“International Civil Aviation Organisation (ICAO)”). Di samping itu, MATC juga menyediakan kepakaran kepada Kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan dalam perkara-perkara berkaitan  dengan aspek penerbangan dan keselamatan.


 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.