MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
TM
MAB
Cyberjaya
MDeC
Projek Pembangunan Pantai Morib
Pemaju Perumahan
Sepang Gold Coast
 

versi cetak

MDeC

Laluan masuk anda ke MSC Malaysia ialah menerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), sebuah agensi (pusat) sehenti yang amat berpengaruh, yang berusaha memastikan kejayaan MSC Malaysia serta syarikat-syarikat yang beroperasi di dalamnya.

MDeC telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia dan dimiliki serta dibiayai oleh Kerajaan. Di MDeC, kami menggabungkan keberkesanan keusahawanan dan kecekapan sektor swasta, dengan keupayaan dan kuasa membuat keputusan yang dimiliki sesebuah agensi kerajaan yang amat berpengaruh.

Peranan kami ialah untuk menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan-amalan MSC Malaysia yang khusus dan menetapkan piawaian rintisan bagi operasi multimedia. Kami juga mempromosikan MSC Malaysia di persada tempatan dan antarabangsa, serta membantu syarikat yang ditempatkan di sini.

Kami amat berdedikasi dalam usaha kami untuk menentukan bahawa MSC Malaysia menjadi sebuah persekitaran dunia yang terbaik, bagi tujuan memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT. Kami juga merupakan jaguh, fasilitator, dan rakan kongsi. Kami memperjuangkan kebaikan MSC Malaysia, memudahkan kemasukan syarikat-syarikat dan menjadi rakan kongsi Kerajaan dan syarikat swasta dalam melaksanakan kedua-dua wawasan dan peluang.

MDeC sentiasa memastikan bahawa syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai MSC Malaysia akan mendapat apa yang diperlukan untuk berjaya. Kami menjamin tempoh siap permohonan selama 30 hari dan akan membantu syarikat-syarikat dalam proses permohonan mereka. Sebagai agensi yang mementingkan prestasi dan memberi tumpuan kepada pelanggan, kami juga membantu dalam mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan permit dan lesen, serta memperkenalkan syarikat-syarikat tersebut kepada rakan kongsi dan pembiaya-pembiaya tempatan

Syarikat-syarikat yang ingin mengambil bahagian dalam Koridor ini tidak perlu menghala ke tempat lain lagi, kerana permohonan bermula dan siap di sini. MDeC sedia bekerjasama dengan pelabur asing dan tempatan, tanpa mengira besar atau kecil bagi menentukan MSC Malaysia memenuhi segala janjinya.

Visi MDeC
Kepimpinan di Era Maklumat

Misi MDeC
Bagi merealisasikan impian Malaysia sebagai pusat global dan lokasi pilihan bagi operasi, khidmat dan inovasi ICT dan multimedia.

Misi korporat Perbadanan Pembangunan Multimedia adalah bertujuan untuk menentukan kejayaan MSC Malaysia sebagai persekitaran dunia yang terbaik bagi memanfaatkan potensi multimedia sepenuhnya. MDeC juga komited untuk bekerjasama secara aktif dengan kerajaan dan syarikat bagi tujuan faedah bersama, dengan cara:

  • Membentuk persekitaran sebagai peneraju dunia
      • Mengkaji Bil Jaminan secara berterusan dan memastikan perlaksanaannya dijalankan secara lengkap dan menyeluruh
      • Membantu Kerajaan secara aktif dalam meneroka, membangunkan dan mengemaskinikan undang-undang siber, merangka dasar dan mengubah suai amalan-amalan bagi tujuan menyediakan kerangka yang teguh bagi MSC Malaysia.
      • Memastikan agar Rangkaian Multimedia Terbuka (Open Multimedia Network) menyediakan mutu dan jalur lebar pada kadar yang kompetitif dengan antarjaringan yang kos-efektif bagi perkhidmatan tambah nilai
      • Memastikan pembangunan infrastruktur fizikal mencapai mutu terunggul yang tepat pada masanya, bagi tujuan membekalkan persekitaran kehidupan dan pekerjaan yang seimbang
  • Menarik dan memupuk minat di kalangan syarikat-syarikat peneraju utama (leading-edge) dan bertaraf dunia  
      • Menarik perhatian syarikat-syarikat multimedia dunia melalui pakej faedah yang tersendiri
      • Memupuk kerjasama berasaskan pembangunan “web” di MSC Malaysia, Malaysia dan secara global
      • Memangkin dan memupuk minat syarikat-syarikat tempatan dan IKS agar dapat menjadi peserta di peringkat global dengan cara menjalin kerjasama pintar yang berjaya di kalangan syarikat Malaysia dan antarabangsa
      • Mengembangkan aplikasi flagship bagi mewujudkan nilai tambah kepada Malaysia dan juga kepada syarikat-syarikat multimedia utama yang mengambil bahagian
      • Mengotakan janji secara timbal balik dengan menjadikan urus niaga di MSC Malaysia mudah dan kos-efektif
  • Membolehkan pemindahan ilmu dan pengwujudan kekayaan
      • Memangkin transformasi di mana syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat kerajaan dan Negara boleh berkerjasama dalam berkongsi ilmu dan mencipta kekayaan
      • Mempromosi perkembangan teknologi dan ilmu di MSC Malaysia melalui insentif bagi penyelidikan dan pembangunan komersil, dan melalui penubuhan pusat inkubasi
      • Memperkasa pengeluaran domestik melalui pembekalan produk dan khidmat multimedia kepada lain-lain sektor ekonomi
      • Menyediakan kemudahan inovasi dan keusahawanan melalui sokongan pembangunan infrastruktur kewangan yang bersedia memberi modal teroka dan penyenaraian awam bagi syarikat-syarikat yang lebih kecil
      • Menyokong pembangunan sumber kepakaran IT dengan menyediakan pembelajaran IT bagi pelbagai peringkat umur masyarakat, melaksanakan program pertukaran Antarabangsa dan memberi sokongan kepada Program Khidmat Negara.
      • Membangunkan MSC Malaysia sebagai pusat serantau bagi memperkembangkan perkongsian ilmu dalam bidang IT melalui penganjuran majlis-majlis, seminar-seminar dan sesi dialog.
  • Membangunkan institusi yang mempunyai cukup mandat, berasaskan nilai dan diakui keberkesanannya.
      • Memberikan kepuasan kepada pelanggan secara proaktif melalui penilaian dan penambahbaikan tahap kepuasan mereka secara konsisten dan lancar
      • Membina hubungan yang teguh dan mampan di kalangan syarikat-syarikat, agensi kerajaan dan pertubuhan antarabangsa.
      • Menggalakkan kakitangan kami untuk menggunakan sepenuhnya potensi mereka sebagai pasukan berprestasi tinggi yang mempunyai nilai asas integriti dan profesionalisme serta komitmen terhadap pembelajaran berterusan,  dalam persekitaran yang bersifat kekeluargaan   
      • Memastikan MDeC berupaya untuk menanggung pembiayaan sendiri melalui nilai-nilai teras kami
      • Membangunkan, mengekalkan dan menyepadukan sumber asas kami iaitu manusia (insan), proses dan teknologi melalui inovasi dan kreativiti
 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.