MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Demografi
Topografi & Guna Tanah
Pentadbiran
Pembangunan Ekonomi
Pihak Swasta
 

versi cetak

Kedua-dua daerah di dalam Wilayah Lembah Klang 2 iaitu Sepang dan Kuala Langat sungguhpun terletak berdekatan di antara satu sama lain tetapi berbeza dari segi tumpuan bidang ekonomi. Ini kerana, penjana ekonomi utama di Sepang adalah sektor perkhidmatan
diikuti oleh sub sektor pembuatan. Bagi Daerah Kuala Langat, sektor pembuatan adalah penjana ekonomi utama pada masa kini diikuti oleh sektor pertanian. Terdapat prospek yang sangat baik bagi perpindahan graviti ekonomi ke Daerah Sepang. Ini kerana, pemangkin Sepang ialah Koridor Raya Multimedia (KRM) ala Lembah Silikon (Silicon Valley) yang berpangkalan di Cyberjaya.

Dari segi lokasi, Cyberjaya terletak bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Ia merangkumi kawasan seluas 7,000 hektar dan berfungsi sebagai Nukleus perhubungan IT dan multimedia negara. Ia juga dijangka akan menjadi Kota raya Bestari Masa Depan (Intelligent City of The Future), serta model bagi seluruh negara. Kira-kira 400 syarikat-syarikat IT ternama di dunia telah menaruh minat dan dijangka akan beroperasi di sini menjelang tahun 2020. Universiti Multimedia kelolaan Telekom Malaysia Berhad pula telah memulakan sesi pengajian pertamanya pada tahun 1999.

Bagi membantu mempercepatkan perkembangan Cyberjaya, universiti ini diharap akan dapat melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh syarikatsyarikat yang beroperasi di Cyberjaya khususnya dan di MSC amnya. Tulang belakang Kota raya Bestari ini pula ialah rangkaian Fiber Optik terkini yang mampu menghubungkan MSC terus menerus ke negara-negara Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan negaranegara di Asia Tenggara. Dengan ini Sepang terus menjadi tumpuan dunia dengan adanya kemudahan-kemudahan dan infrastruktur berdasarkan teknologi maklumat dan multimedia. Di samping projek-projek nasional yang sedang pesat dibangunkan, Sepang juga mempunyai keistimewaan kerana terdapatnya sebuah kawasan Litar Lumba Kereta F1 pertama bertaraf dunia di Malaysia yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bagi Daerah Kuala Langat, daerah ini telah semakin membangun dengan aktiviti ekonomi dan prasarana pengangkutan yang efektif. Terdapat pelbagai potensi dan prospek ekonomi di daerah ini.

Sektor pertanian yang menjadi sumber penting pertumbuhan berpotensi untuk dimodenkan. Peningkatan yang signifikan dalam pengeluaran makanan, tanaman tanaman industri dan sumbangan daripada sektor perikanan dan penternakan dijangka berkembang dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di daerah ini. Kewujudan projek mega seperti pembangunan industri di Daerah Kuala Langat juga mampu menarik para pelabur untuk melabur dan seterusnya menjana pendapatan bagi Negeri Selangor.

Pertumbuhan dalam industri berorientasikan eksport dan domestik juga dijangka berkembang bagi daerah ini. Daerah Kuala Langat juga mempunyai kekuatan dan potensi dalam bidang pelancongan kerana mempunyai produk yang pelbagai. Antara produk pelancongan yang mampu ditawarkan daerah ini ialah pelancongan berasaskan sejarah dan warisan, kawasan pantai, rekreasi dan sukan, makanan tempatan, homestay, lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang teh serta kraftangan tempatan. Dengan adanya potensi pembangunan ekonomi yang bernilai tambah tinggi di Wilayah Lembah Klang 2 akan membantu dalam mengurangkan jurang ekonomi yang wujud antara kawasan bandar dan luar bandar pada masa kini dan masa hadapan.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.