 |
 |
 |
|
versi cetak
Daerah Sepang
Pentadbiran di Daerah Sepang adalah di bawah kelolaan Pejabat Daerah Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang. Majlis Perbandaran Sepang merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Sepang bertanggungjawab terhadap Perancangan, Pembangunan dan Khidmat Masyarakat bagi Daerah Sepang.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majllis Daerah Sepang (MDS). Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui mesyuarat MMKN 30/2002 bertarikh 13hb November 2002 telah menaik taraf MDS kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Akhirnya, Perakuan Jawatankuasa Pembangunan Cyberjaya dalam mesyuaratnya Bil.3/2002 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara mengesahkan tentang kenaikan taraf MPSepang dan tanggal 3hb Mac 2005 MDS dinaik taraf kepada MPSepang dan seluruh kawasan Daerah Sepang adalah meliputi kawasan Majlis Perbandaran Sepang iaitu seluas 59,966 kilometer persegi. Bunga Semarak Api (Delonix Regia) telah dipilih sebagai bunga rasmi Majlis Perbandaran Sepang dan penamaannya telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 16 September 1999.

|
|
 |
|
 |