 |
 |
 |
|
versi cetak
Daerah Kuala Langat
Daerah Kuala Langat telah diwartakan pada 26 Oktober 2006. Pentadbiran daerah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) seluas 62.924 kilometer persegi dan selebihnya di bawah pentadbiran Pejabat
Daerah Kuala Langat. Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat terletak di Teluk Datok iaitu lebih kurang 3 km dari Pekan Banting. Pejabat Daerah ini sedang dalam proses berpindah ke bangunan baru di Sungai Sedu. Berdasarkan kepada fungsi utama, tanggung jawab Pejabat Daerah dipecahkan kepada 4 bahagian utama iaitu:
- Pembangunan Tanah
- Pembangunan Masyarakat
- Khidmat Pengurusan
- Perundangan
Majlis Daerah Kuala Langat pula ditubuhkan pada 1 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ia merupakan gabungan 3 Majlis Tempatan iaitu:
- Majlis Tempatan Sungai Jarom.
- Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
- Lembaga Bandaran Kuala Langat.
Di awal penubuhannya, kawasan di bawah tadbiran Majlis Daerah Kuala Langat hanya berkeluasan 3.7 batu persegi (9.6 km). Pada tahun 2001, keluasan kawasannya telah bertambah kepada 62.924 km persegi. Di samping itu, kawasan luar yang ditadbir oleh MDKL seluas 10 km persegi.
.
|
|
 |
|
 |