 |
 |
 |
|
versi cetak
TELEKOM MALAYSIA (TM)

Kami adalah pembekal Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Nombor Satu di Malaysia. Melalui halaman ini, anda akan mengenali cara kami beroperasi, siapakah kami dan kedudukan kami di persada tempatan dan antarabangsa.
Visi
Visi kami adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam Syarikat.
Misi
Untuk mencapai Visi ini, kami berazam melaksanakan perkara-perkara berikut:
- Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kami ceburi.
- Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan yang menyediakan pusat sehenti penyelesaian masalah yang menyeluruh.
- Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga kami berdasarkan kepercayaan.
- Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang perniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.
- Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi.
|
|
 |
|
 |