|
|
|
 |
 |
 |
|
versi cetak
Bengkel Pelaksanaan Pembangunan Lembah Klang 2, yang dianjurkan Oleh UPEN Selangor bersama Universiti Teknologi Malaysia adalah langkah strategik yang diambil bagi memastikan pembangunan di Wilayah Lembah Klang 2 kelak berjalan lancar dan selaras dengan inspirasi masyarakat, wawasan negeri dan negara.
Bengkel ini telah dilaksanakan selama satu hari pada 23 Januari di Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya. Objektif bengkel adalah seperti berikut:
- Mendapatkan pandangan dan idea daripada stakeholders mengenai corak pembangunan serta langkah-langkah bagi membangunkan WKL 2.
- Membincangkan isu-isu pelaksanaan pembangunan di WLK 2;
- Membincangkan kerangka governance yang berkesan bagi menguruskan pembangunan di WLK 2;
- Memperakukan kerangka Pelan Tindakan WLK 2.
Seramai 290 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini termasuk wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, ahli-ahli Majlis Perbandaran/Daerah, ahli politik, ahli akademik dan petubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Aturcara bengkel meliputi Ucap Utama dan Perasmian Oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, diikuti oleh persembahan Video Taklimat Pembangunan Semasa WLK 2, bengkel perbincangan berkumpulan dan seterusnya pembentangan resolusi bengkel oleh setiap pengerusi kumpulan. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
Perbincangan bengkel dipecahkan kepada enam kumpulan mengikut tema-tema yang ditentukan seperti berikut:
Kumpulan |
Tema |
Bilangan Peserta |
Kumpulan 1 |
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti |
59 |
Kumpulan 2 |
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti Dan Berkemahiran Tinggi |
29 |
Kumpulan 3 |
Galakan Dan Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Global Dan Tempatan |
48 |
Kumpulan 4 |
Infrastruktur Pengangkutan Dan Komunikasi Yang Cekap |
46 |
Kumpulan 5 |
Urustadbir Yang Baik (Good Governance) |
37 |
Kumpulan 6 |
Equity Dan Penyusunan Semula Masyarakat |
71 |
Pada akhir sesi bengkel ini sebanyak 68 resolusi yang meliputi saranan/cadangan langkah-langkah bagi mebangunkan Wilayah Lembah Klang Kedua telah dikemukakan.
|
|
 |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
|
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini. |
|
 |
|
 |
|