MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Bengkel
Laporan
Wawancara
Senarai Penerbitan
   
 

versi cetak

Sebuah laporan prosiding telah disediakan hasil dari Bengkel Wilayah Lembah Klang Kedua yang telah dilaksanakan selama satu hari pada 23 Januari di Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya.

Kandungan prosiding ini dibahagikan kepada empat bahagian:

Bahagian pertama ialah Ucap Utama oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor yang antara lain menjelaskan cabaran pembangunan dalam era globalisasi, kepentingan memperkukuhkan wilayah metropolitan sedia ada dan peranan Wilayah Lembah Klang II dalam mencapai wawasan pasca Negeri Selangor Maju.

Bahagian kedua merupakan sorotan ucapan Y. Bhg. Setiausaha Kerajaan Negeri dalam ucapan Majlis Penutup bengkel. Antara lain ucapan beliau menarik perhatian tentang keperuan memberikan tumpuan terhadap masalah pelaksanaan dalam perancangan strategik termasuk keperluan stakeholders, sumber kewangan dan kemampuan organisasi di samping pendekatan perancangan yang memperincikan elemen pengukuran, target, inisiatif tindakan dan implikasi kewangan.

Bahagian ketiga memaparkan latarbelakang Wilayah Lembah Klang II berasaskan sedutan daripada tayangan video taklimat. Ini termasuk Halatuju dan Misi Wilayah Lembah Klang Kedua yang di sampaikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor; Latarbelakang pembangunan Daerah Sepang oleh Tuan Azizan bin Mohamad Sidin, YDP Majlis Perbandaran Sepang; Latarbelakang pembangunan Daerah Kuala Langat oleh Tuan Haji Mohd Misri bin Haji Idris, YDP Majlis Daerah Kuala Langat; Peranan Multimedia Development Corporation (MDC) oleh Dr. Abu Talib bin Bachik, Senior Vice President, MDC; Pembangunan KLIA oleh Tuan Azmi bin Murad, Pengurus Besar Malaysia Airport Holdings Sdn. Bhd; dan Pembangunan di Cyberjaya oleh En. Redza Rafiq Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn. Bhd.

Bahagian keempat mengemukakan resolusi yang dihasilkan oleh enam kumpulan perbincangan dan dilampirkan juga senarai peserta setiap kumpulan yang terlibat.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.