MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Bengkel
Laporan
Wawancara
Senarai Penerbitan
 
Pelan Strategik Wilayah Lembah Klang Kedua
Penerbitan Prosiding Pelaksanaan Pembangunan Wilayah Lembah Klang Kedua (2005-2020)
Penerbitan Video Korporat: Pelaksanaan dan Pembangunan Wilayah Lembah Klang Kedua
Laman Web Wilayah Lembah Klang Kedua
 

versi cetak

Pelan Strategik Wilayah Lembah Klang Kedua

PENERBIT
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dengan Kerjasama Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat dan Universiti Teknologi Malaysia.

TAHUN
2005/2006

JENIS/KATEGORI
Perancangan Bandar dan Wilayah

SINOPSIS/RINGKASAN EKSEKUTIF
Kawasan Kajian Lembah Klang Kedua (WLK2) ini meliputi bahagian Selatan Negeri Selangor iaitu Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang. Kawasan ini merupakan Lembah Sungai Langat yang mana Daerah Hulu Langat dan Sepang terletak di sebelah hulu dan Daerah Kuala Langat di sebelah hilirnya. Keluasan kawasan kajian tersebut adalah seperti berikut:

DAERAH
KELUASAN (HEKTAR)
Kuala Langat
85,811.27
Sepang
55,716.12
JUMLAH
141,527.39

Daerah-daerah yang dikategorikan sebagai WLK2 ini diurus tadbir oleh dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut :

i) Daerah Sepang : Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ;
ii) Daerah Kuala Langat : Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Dalam konteks Negeri Selangor, Wilayah Lembah Klang adalah merupakan kawasan yang paling pesat tahap pembangunannya, dengan aktiviti-aktiviti ekonomi perdagangan dan perindustrian yang berkembang dengan pantas, penumpuan projek-projek pembangunan mega dan tahap kemudah sampaian yang tinggi dengan rangkaian lebuh raya, kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa. Kemajuan di Wilayah Lembah Klang ini menyebabkan limpahan pembangunan secara tidak langsung di sekitar kawasan ini, khususnya Wilayah Selangor Selatan.

Justeru itu, satu pelan perancangan dan pembangunan yang lebih menyeluruh dan bersepadu khususnya di bahagian Selatan Negeri Selangor di rangka bagi memastikan kawasan WLK2 membangun dan berkembang dengan sempurna melalui pelaksanaan yang efisien dan efektif.

 

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.