MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
Pengezonan Kawasan
Bangunan Komersil
Perumahan
Promosi IKS
Penyelidikan & Pembangunan
Pembangunan Masyarakat Luar Bandar
   
 

versi cetak

Bangunan Komersil - Bandar Sungai Emas

Di Wilayah Lembah Klang 2, antara bandar baru yang diwujudkan bagi pembangunan komersil ialah Bandar Sungai Emas di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat. Ia merupakan sebuah penempatan multi development yang memberi alternatif kepada penduduk Kuala Langat yang merangkumi kawasan kediaman, pusat perdagangan dan perindustrian (IKS) serta mempunyai taman rekreasi pinggiran sungai sepanjang 1.5 km. Bandar ini mempunyai kawasan seluas 100
ekar dan terletak di lokasi yang strategik dan dikelilingi empat pusat pembangunan. Bandar Sungai Emas juga memudahkan akses ke Putrajaya, KL International Airport, Westport-Klang dan hanya 20 minit sahaja (tanpa tol) ke Cyberjaya.

Dalam lingkungan 1 km Bandar Sungai Emas, terdapat Pejabat Kerajaan Daerah, 11 buah sekolah menengah dan rendah, Kolej MARA Banting, Mahkamah Majistret, Stadium Jugra, Dewan Sri Jugra, Klinik Kesihatan Teluk Datok dan pekan Banting pula terletak hanya 2 km dari bandar ini.

Selain daripada Bandar Sungai Emas, terdapat pelbagai kemudahan pasar raya yang sedia ada di Wilayah Lembah Klang 2 seperti Alamanda, Air Point Plaza, Pasar raya The Store, Wisma MDKL (Indah Pesona) dan pasar raya Econsave yang telah membantu dalam memberikan imej bandar yang positif di samping meningkatkan pendapatan ekonomi Wilayah Lembah Klang 2. Ini didorong oleh faktor peningkatan kuasa beli daripada pengguna yang semakin meningkat yang lebih gemar berbelanja di pusat-pusat membeli belah tersebut.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.