MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
Pengezonan Kawasan
Bangunan Komersil
Perumahan
Promosi IKS
Penyelidikan & Pembangunan
Pembangunan Masyarakat Luar Bandar
   
 

versi cetak

Dalam Misi Nasional, komitmen untuk menambah baik pengagihan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang terus meningkat sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan. Ekuiti dan penyusunan semula masyarakat merupakan salah satu keperluan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi mapan, menggalakkan pembangunan insan dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan.

Di Wilayah Lembah Klang 2, program-program yang dilaksanakan bagi memperkukuh pengagihan dan penyusunan semula masyarakat antaranya seperti:

  • Pengezonan (zoning) kawasan
  • Perumahan mampu milik dan kawasan komersil
  • Penyediaan kemudahan R&D
  • Penggunaan teknologi yang berkesan
  • Penggunaan pendekatan Cluster
  • Pembangunan kawasan lot dan rizab kampung
  • Pembangunan Orang Asli
  • Pembinaan kedai kos rendah
  • Penyelarasan IKS (Pemasaran, dana, latihan dan nasihat)
  • Mewujudkan pekerjaan alternatif

Secara khusus, strategi penyusunan semula bertujuan mencapai sasaran keseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar agar kesejahteraan masyarakat terjamin. Program-program penyusunan semula guna tenaga bertumpu kepada meningkatkan bilangan profesional, pengurus dan pekerja mahir di kalangan masyarakat terutama Bumiputera dan pembangunan masyarakat Orang Asli dalam pelbagai sektor dan pekerjaan. Tumpuan pembangunan meliputi program ekonomi dan sosial bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Program bagi membangunkan masyarakat dalam bidang keusahawanan memberi penekanan bagi mewujudkan usahawan Bumiputera bertaraf dunia yang berjaya. Aktiviti menjana pendapatan yang dilaksanakan termasuk pembangunan tanah, penanaman sayur-sayuran dan pemeliharaan ternakan serta perniagaan runcit dan industri kraftangan yang bertujuan melahirkan masyarakat dan Kampung Cemerlang.

Program-program seperti latihan, nasihat teknikal dan latihan amali di tempat kerja serta penyediaan peluang kepada golongan yang
berkebolehan untuk terlibat secara aktif dalam sektor korporat banyak disediakan. Institusi Bumiputera dan agensi amanah telah memberi sumbangan penting dalam penggemblengan sumber Bumiputera dan perolehan pemilikan ekuiti yang berkesan.

Sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan juga amat digalakkan dalam memberi sumbangan yang bermakna bagi mencapai objektif pengagihan. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah dengan meningkatkan kualiti hidup terutamanya di kawasan luar bandar dengan memperbaiki kualiti kemudahan asas, perumahan, kesihatan, rekreasi dan pendidikan. Di kawasan perbandaran Lembah Klang 2, strategi perbandaran mapan berusaha menyediakan penempatan yang selesa dan sihat serta kemudahan fizikal yang bersepadu, dan berperanan sebagai pusat ilmu dan budaya beridentiti.

Kawasan perbandaran juga direka bentuk secara yang terancang bagi mewujudkan persekitaran bandar yang selesa dan dalam masa yang sama aktiviti perdagangan dan komersil berkembang dengan pesat seiring dengan perubahan di
peringkat glokal dan global.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.