MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Rangkaian Jalan Raya
Pengangkutan Rel / Kereta Api
Pengankutan Awam
Pengankutan Air
Pengankutan Udara
ICT
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Rangkaian Jalan Raya

Jaringan, isi padu dan kapasiti semasa jalan raya di Daerah Sepang dan Kuala Langat menentukan arah aliran masa hadapan pembangunan pengangkutan yang pesat di wilayah ini.

Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)

Pembinaan dan pengoperasiaan cadangan Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan dijalankan oleh syarikat konsesi lebuh raya ini. Cadangan lebuh raya sepanjang 43.4 km ini dibahagikan kepada tiga seksyen utama iaitu Seksyen 1B (sepanjang 11.9 km yang bermula dari persimpangan B15/LDP hingga ke Persimpangan Panglima Garang); Seksyen 2 (sepanjang 12.6 km yang bermula dari Persimpangan NSECL hingga ke Persimpangan Telok Panglima Garang) dan Seksyen 3 (sepanjang 18.9 km bermula dari persimpangan Teluk anglima Garang hingga ke Jalan Lingkaran Pulau Indah).

Lebuh raya SKVE dicadangkan sebagai laluan alternatif ke kebanyakan kawasan pembangunan di selatan Lembah Klang. Ini
termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Pusat pentadbiran Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Baru Nilai dan kawasan pembangunan utama di Pulau Indah dan Pulau Carey. Lebuh raya ini dijangka akan mengurangkan serta menjimatkan
masa perjalanan berbanding kos yang terpaksa ditanggung jika menggunakan jalan raya sedia ada yang selalu mengalami kesesakan.

 

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.