MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Rangkaian Jalan Raya
Pengangkutan Rel / Kereta Api
Pengankutan Awam
Pengankutan Air
Pengankutan Udara
ICT
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Pembangunan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi yang cekap adalah penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan hidup di Wilayah Lembah Klang 2. Antara program yang diberikan tumpuan dalam memastikan peningkatan kecekapan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi seperti:

  • Pengintegrasian pengangkutan awam
  • Pembangunan utiliti
  • Pembinaan jalan baru
  • Pembangunan infrastruktur
  • Penyelenggaraan kemudahan awam
  • Perkhidmatan sokongan
Terdapat banyak projek pembangunan lebuh raya dan jalan raya baru yang sedia ada, sedang dan akan dibina di Wilayah Lembah Klang 2 khususnya. Terkini, jambatan yang merentasi Sungai Langat antara Sungai Manggis dan Teluk Datok iaitu Jambatan Teluk Datok, Banting telah siap dan digunakan pada 29hb. April 2006. Melalui akses jalan raya yang lebih baik telah memudahkan pergerakan dan merangsang pelbagai aktiviti seperti perdagangan, perindustrian,
pelancongan dan urusan harian di Daerah Sepang dan Kuala Langat serta kawasan sekitarnya. Selain itu, pembangunan lebuh raya ini akan meningkatkan kemudahsampaian di antara pusat-pusat pembangunan di dalam Negeri Selangor dan ke pusat pembangunan di sekitarnya seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dari segi pengangkutan udara, impak pembukaan dan pengoperasian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terhadap Wilayah Lembah Klang 2 telah meningkatkan keupayaan Daerah Sepang dan Kuala Langat dalam persaingan pembangunan. Sebagai pintu masuk ke negara ini, Sepang telah menerima kesan secara langsung daripada kedudukan lokasi lapangan terbang antarabangsa di daerah ini. Pembangunan dan kemudahan lapangan terbang ini akan membantu menambahkan lagi aktiviti ekonomi dan industri berteknologi tinggi di kedua-dua daerah. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu perkembangan Wilayah Lembah Klang 2 dari pelbagai sudut.

Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sentiasa dipertingkatkan ini adalah perlu dan penting bagi menampung projek-projek mega supaya pembangunan di sekitar Wilayah Lembah Klang 2 akan berjalan lancar seterusnya.

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.