|
versi cetak
Jaringan Kerjasama Awam dan Swasta
Sektor awam dan swasta memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas perkhidmatan awam dan pentadbiran. Walaupun peranan masing-masing berbeza namun kedua-dua sektor ini menuju ke arah pencapaian obj ektif yang sama, iaitu menyedia dan memberi kemudahan perkhidmatan awam yang cekap dan selesa.
Antara sektor awam utama yang memberikan perkhidmatan di Sepang dan Kuala Langat ialah Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sektor swasta yang menyediakan perkhidmatan sokongan ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Alam Flora Sdn Bhd, Indah Water Konsortium serta perkhidmatan perbankan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji, Bank Rakyat, Bank Islam, CIMB, Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Kesemua syarikat dan bank-bank ini melaksanakan tugas-tugas mereka demi melengkapkan lagi segala perkhidmatan yang diberikan bagi kemudahan urusan di kedua-dua daerah ini.
|
|