MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Jaringan Kerjasama Awam dan Swasta
Pembangunan Sektor Pelancongan
Pembangunan IKS
Pembangunan Sektor Pertanian dan Perikanan
Cyberjaya
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Sepang Gold Coast | Projek Seri Bayu Morib Resort City

Pembangunan Sektor Perlancongan

  • Perlancongan Pantai

  • Kebudayaan dan Kraftangan

Kraftangan dan kebudayaan masyarakat Orang Asli Temuan, serta kaum Mah Meri (Mak Miri) di Pulau Carey masih terdapat di Daerah Sepang dan Kuala Langat.

  • Warisan Sejarah

Kembali ke Atas

Sepang Gold Coast

Sepang Gold Coast merupakan projek pembangunan kawasan pantai yang utama di Daerah Sepang yang bertemakan ‘Syurga Pesisir Pantai Terpanjang Di Asia’. Kawasan pantai ini terletak hanya 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 45 minit ke Putrajaya dan kira-kira 75 minit ke Kuala Lumpur. Ia disasarkan terutamanya kepada pengunjung luar Negara dan menawarkan suasana kehidupan di kawasan tropika, iaitu di kawasan pantai seluas 22 km di pesisiran Selat Melaka di Sepang.

Keindahan semula jadi pesisiran Selat Melaka akan terserlah dengan pembinaan dan pembangunan yang berkonsepkan ‘global village’ berbentuk pokok palma. Pusat peranginan pantai ini akan menjadi mercu tanda Sepang terutama bagi pelancong-pelancong yang mendarat di KLIA di mana keindahan Sepang Gold Coast ini boleh dinikmati dan dilihat dari udara apabila kapal terbang hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fasa pembangunan Sepang Gold Coast ini merangkumi resort tradisional/etnik, Rumah Kelab, kediaman, pembangunan bercampur, marina, pusat komersil dan perdagangan, kawasan aktiviti bersukan, kebudayaan dan hiburan serta institusi. Antara komponenkomponennya adalah seperti Pasar Terapung, Taman Tema, Pusat Penyelidikan Laut, Zoo Terbuka, Malay Gastronomy Resort & Malay Kampung Homestead, Akuarium, serta Taman Eko Pelancongan. Reka bentuk pusat peranginan ini seperti pokok palma yang mengunjur ke tengah laut. Fasa 1 projek ini ialah di kawasan seluas kira-kira 25 ekar di pantai Bagan Lalang, Sepang. Komponen pembangunan Fasa 1 yang sedang dibina adalah:

  1. Golden Palm Tree Water Service Villa:
    • Semi-D (Travellers Palm) - 160 unit
    • Maldivian (Canary Palm) - 130 unit
    • Polynesian-Royale Palm - 10 unit
    • Polynesian-Ivory Palm - 66 unit

  2. Perniagaan (Atlantis Shop, Tropical Restaurant, Pejabat  Jualan & Kafeteria, Rumah Kelab dan Kolam Renang).

Kembali ke Atas


Projek Seri Bayu Morib Resort City

Pantai Morib merupakan salah satu kawasan tarikan pelancongan yang telah lama terkenal di Negeri Selangor. Bagi menarik lebih ramai pelancong serta menjadikannya sebagai tempat pusat tumpuan utama,
potensi Pantai Morib telah dikenal pasti dan akan diketengahkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak swasta.

Bagi memastikan pembangunan pantai Morib ini dilaksanakan dengan teratur, Projek Pembangunan Pantai Morib atau lebih dikenali sebagai ‘Seri Bayu Morib Resort City’ telah mula dibangunkan di kawasan ini. Pembangunan resort tepi pantai ini akan dibangunkan sebagai destinasi percutian yang berkonsepkan ‘Resort Pantai Bersepadu Yang Pertama di Malaysia’ (Malaysia’s First Integrated Beach Resort). Ia menawarkan pakej pelancongan bersepadu iaitu kawasan resort tepi pantai untuk kediaman, berehat, bekerja dan rekreasi. Pelan induk reka bentuk resort seluas 757 ekar ini meliputi pembangunan Hotel bertaraf tiga bintang, villa korporat, padang golf 18 lubang, lot-lot banglo, Rumah Kelab, resort pantai korporat, lagun dan pantai serta pusat  perdagangan.

Terdapat dua komponen utama bagi projek ini yang merangkumi:

  • Projek yang telah siap dilaksanakan:
    • Hotel Impian Morib
  • Projek di dalam perancangan:
    • Padang golf 9 lubang baru (tambahan kepada padang golf sedia ada (9 lubang) menjadikan jumlah keseluruhan 18 lubang)
    • Villa Korporat
    • Membaik pulih Hotel/Rumah Kelab Sri Morib
    • Pembinaan Chalet tepi pantai

Projek Pembangunan Pantai Morib

Projek ini merupakan projek usaha sama di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Syarikat Island & Peninsular Berhad (I&P) bagi membangunkan tanah seluas 5.187 ekar di atas Lot 183 (PT.4) dan Lot 184 (PT.5), Mukim Morib, Daerah Kuala Langat untuk tujuan pembinaan hotel bertaraf tiga bintang yang dikenali sebagai Hotel Impian Morib.

Hotel Impian Morib menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 50 unit di mana 10 unit adalah merupakan Bilik Deluxe manakala 40 unit lagi adalah Bilik Standard serta dilengkapi dengan kemudahan dewan persidangan, bilik mesyuarat, bilik persalinan, kolam renang, gimnasium dan restoran. Kerja-kerja pembinaan hotel ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada akhir bulan Julai 2005.

Kembali ke Atas

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.