 |
 |
 |
|
versi cetak
Cyberjaya
Cyberjaya merupakan sebuah ‘bandar pintar’ yang merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia di kawasan seluas 7,000 ekar. Ia telah dirasmikan pada tahun 1999. Cyberjaya yang terletak di Daerah Sepang, Selangor terletak kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, dan bersebelahan Putrajaya. Konsep bandar ini adalah untuk menjadi Lembah Silikon Malaysia dengan berkembangnya berbagai perusahaan dalam bidang Teknologi Tinggi dan IT. Salah satu komponen awal Cyberjaya adalah Universiti Multimedia atau MMU. Kawasan asal Cyberjaya merupakan bekas ladang kelapa sawit dan kini sedang berkembang pesat dengan
pelbagai kemudahan bersepadu. Zon Flagship Cyberjaya (CFZ)
merupakan pusat bandar yang mempunyai kemudahan seperti
kompleks membeli belah, hotel, bangunan komersil, kawasan
kediaman dan perumahan serta prasarana asas. Bandar raya Pintar
ini juga menjadi nadi kepada institusi pendidikan dan pilihan ideal
untuk kediaman, bekerja dan berekreasi.
Dari segi perhubungan, Cyberjaya mudah dihubungi melalui
lebuh raya-lebuh raya utama seperti Lebuh raya North South Central
Link (Elite Highway), South Klang Valley Expressway, Lebuh raya
Damansara-Puchong, Lebuh Raya Bebas Tol B15 dan KL-Putrajaya/
Cyberjaya Dedicated Highway.
|
|
 |
|
 |