Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam merancang, melaksana dan menyelaras pembangunan Wilayah Lembah Klang 2 dijangka akan menyumbang kepada memperkukuhkan pencapaian Wawasan Negeri Selangor Maju di samping meningkatkan posisi Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang untuk muncul sebagai salah sebuah kota raya metropolitan yang penting dalam rangkaian bandar raya dunia. Terdapat pelbagai potensi dan kelebihan dari aspek hubungan ekonomi dan sosial di kedua-dua daerah yang boleh dimanfaatkan. Sehubungan itu, inisiatif galakan dan sokongan kepada pertumbuhan bisnes global dan tempatan memerlukan pelbagai tindakan dan penyelarasan dilakukan oleh pentadbiran daerah merangkumi galakan terhadap pelaburan di peringkat global dan tempatan, pembangunan IKS dan sektor-sektor ekonomi tempatan. Antara program dan projek yang diberi tumpuan seperti:
Jaringan kerjasama awam dan swasta
Pembangunan sektor pelancongan
Pembangunan IKS
Pembangunan sektor pertanian dan perikanan
Cyberjaya
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.