|
versi cetak
Persekitaran berkualiti adalah penting dalam mencapai kesejahteraan
hidup rakyat. Kesedaran terhadap keperluan persekitaran hidup yang
berkualiti akan memastikan penghasilan suatu perancangan dan
pembangunan yang bersih dan indah di samping selesa dan selamat.
Melalui iniasiatif dan komitmen yang berterusan, persekitaran
hidup yang kondusif dapat diwujudkan bagi merealisasikan konsep
masyarakat seimbang, sejahtera dan berharmoni.
Bagi Wilayah Lembah Klang 2, tumpuan terhadap pemantapan
sistem perancangan, persekitaran yang bersih dan indah, penyediaan
kemudahan rekreasi yang pelbagai dan pemantauan berterusan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbiran daerah telah mewujudkan
satu persekitaran yang berkualiti, ceria dan sentiasa mempunyai nilai
estetika yang berterusan sama ada di kawasan perbandaran dan juga
di kawasan desa. Hakikat ini tergambar dengan wujudnya tamantaman
permainan, pusat-pusat riadah dan rekreasi, landskap dan
seni taman, kawasan hijau, bangunan dan seni bina yang menarik
serta pusat-pusat tumpuan pelancongan yang sentiasa sibuk tetapi
masih mengekalkan suasana yang indah dan permai.
Konsep kembali kepada asas (Back to basic) yang ditekankan oleh
pentadbiran di Daerah Sepang dan Kuala Langat berkaitan dengan
usaha bagi mencapai keselesaan dan kualiti hidup penduduk yang lebih
baik dengan menekankan kepada aspek kebersihan, pengindahan,
pentadbiran dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Hakikat
ini mampu membawa kawasan Wilayah Lembah Klang Kedua sebagai
tempat yang ideal untuk bermastautin, bekerja, berniaga, serta bergiat
dalam aktiviti kemasyarakatan, bersukan dan berekreasi.

|
|