MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Kampung Cemerlang Selangor
Projek Tebatan Banjir Kuala Langat
Taman Sains Selangor 2 (TTS2)
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Kampung Cemerlang Selangor

Kampung-kampung di Daerah Kuala Langat dan Sepang merupakan contoh terbaik di mana masyarakat awam dan pihak berkepentingan lain menggunakan dengan sebaiknya ruang untuk turut serta dalam proses membuat keputusan di peringkat tempatan. Antara kampungkampung
yang pernah memenangi anugerah di pelbagai peringkat dan pertandingan seperti Kampung Endah, Kampung Kundang, Kampung Kanchong Darat, Kampung Sungai Lang di Kuala Langat
serta Kampung-kampung Banghuris (Bukit Bangkong, Hulu Chuchoh dan Hulu Teris) di Sepang menjadi kebanggaan negeri Selangor di peringkat glokal dan di persada antarabangsa.

Contoh terkini ialah Kampung Kundang, Kuala Langat telah memenangi lebih 25 anugerah dan hadiah di peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. Komitmen pihak pimpinan dan masyarakat dalam membangunkan kampung ini memartabatkan Kampung Kundang sebagai desa yang cemerlang dari pelbagai aspek. Semangat muafakat yang tinggi mewujudkan kesepaduan penduduk dan barisan kepimpinan yang utuh dalam memajukan kampung.

Dari aspek pembangunan ekonomi, Kampung Kundang banyak mengeluarkan produk kampung dan IKS seperti kerepek dan biskut tradisional yang mampu menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Singapura dan Hong Kong.

 

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.