MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Kampung Cemerlang Selangor
Projek Tebatan Banjir Kuala Langat
Taman Sains Selangor 2 (TTS2)
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Projek Tebatan Banjir (Canal City) Kuala Langat

Pembangunan projek tebatan banjir ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah banjir di sekitar Lembah Klang di samping meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat melalui penyediaan perumahan berkualiti dan kemudahan awam.

Projek Tebatan Banjir ini merangkumi keluasan kawasan seluas 5,439.292 ekar. Kawasan yang terlibat terletak di dalam Mukim Tanjung Dua Belas, Mukim Teluk Panglima Garang dan Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat. Pembangunan projek ini akan melibatkan kawasan Tanah Rizab Melayu dan petempatan Orang Asli Bukit Kemandol dan Tanjung Rabok juga terletak di dalam tapak tersebut. Petempatan-petempatan ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai bagi memajukan projek Tebatan Banjir yang dirancangkan.

Projek Tebatan Banjir ini direka bentuk berteraskan Inland Water City yang mempunyai terusan air sepanjang 16 km dan sub canal yang menghubungi sebahagian Sungai Kelang dan muara Sungai Langat. Adalah dijangkakan bahawa sebanyak 30% dari aliran air Sungai Kelang dan Sungai Langat dapat dialihkan melalui terusan ini.

Di samping itu Projek Tebatan Banjir ini juga akan dibangunkan secara bersepadu dan akan merentasi zon-zon perumahan, perniagaan dan kemudahan awam. Kebanyakan kawasan perumahan dan pusat perniagaan lebih berkonsepkan Water Front City serta bercirikan Modern Resort Style.

 

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.