 |
 |
 |
|
versi cetak
Taman Sains Selangor 2 (TSS2)
Taman Sains Selangor 2 (TSS2) yang akan dibangunkan di Kawasan
Perindustrian Bukit Baja, Pinggiran Cyber, Sepang merupakan
perancangan pembangunan masa hadapan Kerajaan Negeri yang
akan menjadi satu lagi tarikan untuk para pelabur ke Negeri
Selangor. Kawasan perindustrian seluas 400 hektar itu akan
menumpukan kepada industri berteknologi tinggi dan pembangunan
infrastrukturnya dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan
(menjelang akhir 2008). Ia merangkumi tiga fasa iaitu fasa pertama
akan tertumpu kepada pembangunan industri dan selebihnya
kepada kawasan perumahan dan komersil. Komponen pembangunan
dibahagikan kepada Industri (40%), Komersil (10%), Perumahan
(12%) dan selebihnya untuk rekreasi dan kemudahan asas yang lain.
Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini setelah kejayaan
membangunkan Taman Sains Selangor 1 (TSS1) yang terletak di Kota
Damansara. Kedua-dua kawasan ini adalah berjiran dan terletak
agak berhampiran antara satu sama lain. Kedudukan ini memberi
kelebihan kepada pelabur kerana ia terletak berdekatan dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu hanya 12
km ke KLIA dan 30 km ke Pelabuhan Klang yang akan memudahkan
pergerakan keluar masuk aktiviti perindustrian.
Pembangunan Taman Sains 2 ini termasuk pembinaan persimpangan
bertingkat akan dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan Selangor
iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sebelum ini
turut memajukan Taman Sains 1. Antara peluang kemudahan kepada
pelabur ialah kelulusan pembangunan segera dan kawasan industri
yang menawarkan lebih insentif melalui pembinaan zon industri yang
akan menempatkan lot industri, teres IKS, kilang berkembar, kilang
berkembar industri dan inkubator. Zon komersil pula menyediakan
lot komersil, taman komersil, zon hiburan dan sebuah stesen
minyak.
|
|
 |
|
 |