MUKA UTAMA  |  HUBUNGI KAMI  |  PETA LAMAN
 
Prospek Galakan & Sokongan Kepada Pertumbuhan Business Glokal & Business Global
Infrastruktur Pengangkutan & Komunikasi Yang Cekap
Pembangunan Tenaga Manusia Yang Berkualiti & Berkemahiran Tinggi
Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti
Tadbir Urus Yang Baik
Kampung Cemerlang Selangor
Projek Tebatan Banjir Kuala Langat
Taman Sains Selangor 2 (TTS2)
Ekuiti & Penyusunan Semula Masyarakat
 

versi cetak

Penekanan terhadap meningkatkan keupayaan tadbir urus yang baik, khususnya dalam merealisasikan penyertaan pemimpin, pihak swasta dan masyarakat dalam agenda embangunan telah diberikan penekanan dalam perancangan pembangunan setempat bagi
pelaksanaan pembangunan mapan.

Laporan Suruhanjaya Governans Global (Commission on Global Governance (1995)) mendefinisikan konsep governans iaitu:

“Governans adalah hasil pelbagai cara individu dan institusi
awam dan swasta, mengurus hal-ehwal bersama. Ia
merupakan proses berterusan di mana konflik dan pelbagai
kepentingan ditangani dan tindakan bersama boleh diambil.
Pengertian ini mencakupi institusi formal dan regim yang
diberi mandat menguatkuasakan pematuhan, serta institusi
tidak formal di mana rakyat mahupun institusi bersetuju
atau menerima pandangan mereka sebagai mewakili
kepentingan kelompok.”

Pada dasarnya, tadbir urus bermaksud proses pembuatan keputusan dan proses pelaksanaan keputusan. Antara ciri-ciri dan prinsip tadbir urus baik adalah efektif dan efisien, ketelusan, responsif, penglibatan, orientasi konsensus, kepatuhan undangundang, pertanggungjawaban, kesamaan dan sistem penyampaian.

Dalam konteks Wilayah Lembah Klang 2, keupayaan governans harus mampu menyubur dan memperkasakan Perkongsian Pintar (Smart Partnership) di antara agen sosial yang pelbagai seperti Kerajaan-Swasta-Pemaju-Badan Bukan Kerajaan-Masyarakat Awam. Ini boleh dilaksanakan melalui perkongsian Data dan Maklumat, penggunaan Teknologi Maklumat (IT), Penguatkuasaan dan Perundangan, Penyelarasan dan Pemantauan Dokumen, usaha menangani cabaran dan perubahan seperti menyediakan Pelan Bencana (Emergency Plan) serta sikap positif masyarakat terhadap agenda pembangunan yang ingin dilaksanakan.

Di peringkat Daerah Sepang dan Kuala Langat, pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menyahut pelaksanaan elemen terbaik pengurusan dan pentadbiran dalam organisasi ini dengan usaha-usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketelusan dan akauntabliti dalam pengurusan dan pentadbiran.

Beberapa projek utama Kerajaan Negeri telah, sedang dan akan dijalankan oleh pelbagai agensi pusat dan negeri di peringkat daerah dengan mengambil kira kepentingan awam melalui kerjasama bersepadu. Sebagai contoh, projek perumahan di kawasan pantai Sepang Putra, pembangunan bandar baru Sungai Mas, pembangunan pelancongan iaitu Sepang Gold Coast, Morib Gold Coast, projek Agro-Tourism, Homestay serta aktiviti-aktiviti Sukan dan Rekreasi
(Perahu Layar dan Paragliding). Dalam menangani masalah banjir yang melanda kawasan petempatan di pinggir Sungai Langat pula, Projek Tebatan Banjir (PTB) yang menggunakan konsep Canal City sedang diusahakan bagi menyelesaikan masalah penduduk tempatan yang menghadapi masalah banjir.

Bagi perancangan masa hadapan, Taman Sains Selangor 2 yang dibina di Bukit Baja, Sepang akan memberi fokus kepada pembangunan bercampur secara berharmoni di antara komponen
industri, komersil dan perumahan. Taman Sains Selangor 2 ini juga tidak terlalu mengkhusus kepada fokus teknologi tetapi akan memberi tumpuan kepada aspek R&D dan pembangunan berteknologi tinggi.

Melalui pendekatan governans juga pelbagai dokumen telah disediakan bagi memudahkan perancangan di peringkat glokal seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan Daerah, Pelan Korporat Wilayah Lembah Klang Kedua (Sepang dan Kuala Langat) selain menetapkan Sasaran Kerja Tahunan bagi daerah masing-masing. Bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat awam mengenai hala tuju pembangunan mapan, sesi-sesi penerangan melalui kempen, bengkel, seminar serta program-program kesedaran sentiasa diadakan secara berterusan.

 

 
Sila emel sebarang makluman anda ke admin@wlk2.com atau klik di sini.
Portal Negeri Selangor
MP Sepang
MD Kuala Langat
Laman Web MB
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan
Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.